Skip to main content

saya di IIUM Gombak! yeeha

assalamualaikum, hai kanak2. hahaha (sory2, gurau je)
ni peta general yang aku selalu refer waktu masuk uia gombak ni ha.
kalau nak download dari google images pon bole. hihi. tu aku amik kat pakcik google la tu.
kalau nak tahu, ada jugak apps untuk map uia gombak ni. cari je "myIIUM Campus". gamba dia gini:
ada kat app store atau google play. tapi dari pengalaman aku guna, dia tak detect mana tempat kau and bawak kau macam waze. and ada jugak tempat2 yang tak tersenarai dalam tu. jadi, untuk backup, better simpan map yang atas sekali tu sebab in case kau sesat and tiba2 app ni buat pasal. hahaha.

selain dari map manual and app, kau bole jugak refer kat website iium. (<---klik cepatt) kat sini paling terbaik sebab kau bole nampak real punya. sampai ke blok pon kau bole cari. tunjuk je cursor kau kat tempat2 kat dalam map tu, dia akan bagi nama. kalau nak tau lagi, try la bukak link tu and godek2 sendiri. kalau ada apa2 soalan bole tanya.

waktu aku awal2 kat gombak takde la aku guna website iium tu, sebab tak tahu pon wujud. aku bergantung dengan dua maps yg atas tu je. pastu kalau sesat tu buat muka bodo je acah macam senior. hahahaha (padahal dah gelabah lambat masuk kelas) pesan aku, waktu awal2 dapat jadual kelas tu, terusssss cari kat mana kelas tu okay? (kalau tak jadi macam aku.. tak jumpa kelas pastu ponteng g lepak2 minum wow kaw kaw)

aku daftar pon aku drive kereta sendiri sbb semua org busy nak hantar aku, jadi aku pon drive sendiri dengan harapan lepas daftar bole terus balik hantar kereta. rupa2nya terus tawe!!! hahahahaha kalut gila, last2 aku tak pegi pon hari first tu. ........... (jangan ikut contoh ni) better pegi la untuk info2 lebih lanjut dan untuk usha budak2 direct intake yang hensem2. kihkihkihkih. gurau2. tapi yang mana terdesak tu, memang tak bole pegi, kau ponteng je. dia cakap je kau kena ulang tawe tapi tu semua ugutan semata. hahahaha. org lain hantar buku tawe, aku duk ada lagi kat atas rak ni ha. berhabuk dah. (achuu)

okay okay. cukup dengan mengarut2 aku.

move on to bas and lrt terdekat.
bas dari UIA Gombak ke LRT Gombak (stesen lrt yang terdekat)- T200
bas dari UIA Gombak ke Lebuh Ampang- 200

yang  bas rapid T200 tu dia akan pegi balik uia-lrt je. tapi otw tu korang bole singgah mcd and starbucks (tapi jalan jauh sikit arr). kalau kau nak shopping, giant batu caves ada. tapi tu kau kena naik transporter. transporter tu apa? benda ni sejenis motor terbang. (tipu)-gelak plis.
transporter ni students2 yang 'halal' bawak kereta buat bisnes macam grabcar. grabcar susah nak dapat area UIA Gombak ni. jadi pilihan utama adalah transporter. kalau pegi Giant Batu Caves ni dalam RM7 generally untuk transporter (sebab takde public transport lain). ada jugak transporter motor. ikut la korang nak pilih mana.
nombor telefon transporter? jangan risau. lepas je korang masuk group apa2 yang berkaitan UIA ni akan ada msg viral yang bagi list number transporters. ada jugak app tapi available untuk google play je. diaorg tgh develop lagi app ni. nanti kalau aku jumpa aku share ye.

sampai sini je lah aku share harini. ngantuk dah. esok kelas pukul 8. huwarghhh.

Comments

Popular posts from this blog

general thought of me about UIA Gombak

hai. assalamualaikum. hmm. harini phone aku rosak. sedih. k. hiraukan aku. waktu kat CFS IIUM dulu aku ingat bila masuk Gombak bole free sikit. (dari segi pemakaian, kad matrik and keluar masuk uia) rupanya tidak. pak gad2 kat sini banyak (merata tempat) untuk check kau pakai ke tak kad matrik. kalau tak pakai/tertinggal kena saman... kau tahu berapa? RM50 sekali saman. lagi rela aku melekat dgn kad matrik aku walaupun buruk gambar aku kat sini. kisah apa, bukan org nak jeling pon gambar tu kan? pemakaian, mmg bebas tapi bila kau masuk sini and tengok orang pakai hipster2, pelik2, kau sendiri akan rasa pelik untuk pakai centu. hmm. sebab cara diaorg pakai tu memang..... pelik yang scary. ni bagi aku la, tak tahu la kalau korang peminat tegar hipster. tapi bagi aku, takyah kot nak pegi kela bawak beg tali kecik pastu pegang buku belambak kat tangan. (tak guna bawak beg!) - dah dah, jangan judge org. hahahaha. pasal keluar masuk uia, pagi2 memang ada bas tapi malam aku tak sure

salam perkenalan

haiiiiiii. hahaha budak-budaknya guna blogspot. aduh, tapi ni je yang aku tahu. eh eh, assalamualaikum, lupa pulak, haha. guna aku-kau je lah ye. blog ni dibuat kerana nak tolong korang2 yang bercita2 nak masuk uia. takde la banyak sangat info nya. lagipun sekarang aku baru 1st year, 1st sem. jadi, awal2 ni la aku rasa aku patut record semuaaaaa yang aku buat kat sini so korang2 semua bole dapat idea apa tu uia. aku asalnya dari CFS dapat foundation in English Language. kenapa tak guna english? sebab.... lagi seronok guna bahasa melayu. hahaha. maaf ye kalau yang tak berapa faham melayu (ada ke?) untuk kanak2 yang nak masuk sini amik BENL, bole la cari website BENL insider. (<~~~~~~nak klik kat sini pon bole.) aku suka jadi fasilitator. tapi sempat jadi time sekolah menengah je. hahaha ajar budak2 form 1 nyanyi2. (entah apa2) sebab tu aku buat blog ni, jadi aku bole jadi fasi secara tak langsung. :) sampai sini saja untuk salam perkenalan kita. nanti akan ada entry pasal