Skip to main content

general thought of me about UIA Gombak

hai. assalamualaikum.
hmm. harini phone aku rosak.
sedih.

k.

hiraukan aku.

waktu kat CFS IIUM dulu aku ingat bila masuk Gombak bole free sikit. (dari segi pemakaian, kad matrik and keluar masuk uia)
rupanya tidak. pak gad2 kat sini banyak (merata tempat) untuk check kau pakai ke tak kad matrik. kalau tak pakai/tertinggal kena saman... kau tahu berapa? RM50 sekali saman. lagi rela aku melekat dgn kad matrik aku walaupun buruk gambar aku kat sini. kisah apa, bukan org nak jeling pon gambar tu kan? pemakaian, mmg bebas tapi bila kau masuk sini and tengok orang pakai hipster2, pelik2, kau sendiri akan rasa pelik untuk pakai centu. hmm. sebab cara diaorg pakai tu memang..... pelik yang scary. ni bagi aku la, tak tahu la kalau korang peminat tegar hipster. tapi bagi aku, takyah kot nak pegi kela bawak beg tali kecik pastu pegang buku belambak kat tangan. (tak guna bawak beg!) - dah dah, jangan judge org. hahahaha. pasal keluar masuk uia, pagi2 memang ada bas tapi malam aku tak sure pulak. UIA kena masuk before 12am.

haritu ada isu pasal the implementation of barrier gate tu. apa tu? tu gate yg guna kad matrik untuk touch baru gate tu terangkat untuk kau masuk sekali dgn kereta. basically, org yg bawak moto and 4th year yg bawak kereta je yg lepas kat gate2 ni sebab dieorg dah daftarkan kad matrik dieorg. kalau family nak masuk? kena guna gate 3. kat mana gate 3? kan ada traffic light before ke kanan untuk ke main gate kan? (gate yang besar gedabak). jangan masuk kt main gate kena terussss lagi sampai kau jumpa gate kecil. huhuhuhu. agak tersembunyi tapi gate tu sebelah tanah pekuburan Islam, so kalau korang nampak kubur tu pandai2 la slow ye.

tapi jujurnya aku tak suka gate macam ni. susah untuk parents nak patah balik pegi gate lain. lagipun diaorg mana tau gate 1,2,3 yang mana. signboard pon cenonet size A4 je depan gate tu.

lagi... apa eh..
haa. aku lagi suka CFS IIUM dari main campus ni. huhu. tahu kenapa? susah nak keluar carik makan sedap2. yang bole tahan pon mcd dengan starbucks tu (tapi aku tak selalu pegi sebab tak mampu. huhuhuhuhu). dulu kalau duduk kat PJ, kfc ada, midvalley banyak makanan, oldtown ada, boat noodle ada. sumpah best. >.< kat sini cost transportation untuk keluar cari makan sedap2 lebih dari duduk kat CFS.

satu lagi..... beware of monyet. hahaha. ada mahallah yang tak kena serangan makhluk ni, tapi belah2 mahallah lelaki banyak aku rasa. sebab sebelah hutan. yang literally sebelah hutan. hahaha, nasib la kau. mahallah perempuan mungkin ada mungkin takda. tapi haritu kawan aku terserempak dengan monyet dalam tandas mahallah Aminah. terkejut monyet tu. lalu beliau pon lari. kawan aku blur je tengok beliau. haritu roti dia kena rembat dgn monyet jugak. tau2 tinggal plastik. hahahah. sian, takde rezeki.

emm.. aktiviti yang aku suka buat kat sini... swimming. sebab swimming pool lelaki perempuan separate. hee. seronok weh, nak seksi2 pon bole. tapi kau kena ada swimming suit sendiri. kalau nak sewa bole, RM5 per hour. bila2 kau try la. amik pengalaman. tapi,... kolam dia agak dalam. yang paling cetek pon, aku kena jinjat kaki untuk air kat bawah dagu aku. (tinggi aku 158cm). kau agak2 la. haritu aku masuk kolam tu terus masuk kat tengah2. tau2 tenggelam je.hahaha. nasib baik kat tepi. cuak gak time tu. dahla tak reti berenang, hahahah. kalau nak masuk, masuk yang belah kiri time kau mula2 masuk kolam tu.

selain dari berenang, kalau kau jogging petang2 best jugak. anggaran satu pusingan uia ni 4km aku rasa. sebab haritu aku semput jugak nak habiskan. hihihi. malam2 ada jugak yang jog tapi bahaya sekarang ni. sebab ada banyak flasher. (org gila suka tunjuk kemaluan kat org lain) haritu ada sister kena kejar. huhu. bahaya weh. malam2, jangan laa guna laluan berterowong, jalan mesti ada kawan. tak tahu la mana muncul golongan2 tidak senonoh begini. hmm.

dah.
 aku dah ngantok.
babai

Comments

Popular posts from this blog

saya di IIUM Gombak! yeeha

assalamualaikum, hai kanak2. hahaha (sory2, gurau je) ni peta general yang aku selalu refer waktu masuk uia gombak ni ha. kalau nak download dari google images pon bole. hihi. tu aku amik kat pakcik google la tu. kalau nak tahu, ada jugak apps untuk map uia gombak ni. cari je "myIIUM Campus". gamba dia gini: ada kat app store atau google play. tapi dari pengalaman aku guna, dia tak detect mana tempat kau and bawak kau macam waze. and ada jugak tempat2 yang tak tersenarai dalam tu. jadi, untuk backup, better simpan map yang atas sekali tu sebab in case kau sesat and tiba2 app ni buat pasal. hahaha. selain dari map manual and app, kau bole jugak refer kat website iium . (<---klik cepatt) kat sini paling terbaik sebab kau bole nampak real punya. sampai ke blok pon kau bole cari. tunjuk je cursor kau kat tempat2 kat dalam map tu, dia akan bagi nama. kalau nak tau lagi, try la bukak link tu and godek2 sendiri. kalau ada apa2 soalan bole tanya. waktu aku awal2 kat go

salam perkenalan

haiiiiiii. hahaha budak-budaknya guna blogspot. aduh, tapi ni je yang aku tahu. eh eh, assalamualaikum, lupa pulak, haha. guna aku-kau je lah ye. blog ni dibuat kerana nak tolong korang2 yang bercita2 nak masuk uia. takde la banyak sangat info nya. lagipun sekarang aku baru 1st year, 1st sem. jadi, awal2 ni la aku rasa aku patut record semuaaaaa yang aku buat kat sini so korang2 semua bole dapat idea apa tu uia. aku asalnya dari CFS dapat foundation in English Language. kenapa tak guna english? sebab.... lagi seronok guna bahasa melayu. hahaha. maaf ye kalau yang tak berapa faham melayu (ada ke?) untuk kanak2 yang nak masuk sini amik BENL, bole la cari website BENL insider. (<~~~~~~nak klik kat sini pon bole.) aku suka jadi fasilitator. tapi sempat jadi time sekolah menengah je. hahaha ajar budak2 form 1 nyanyi2. (entah apa2) sebab tu aku buat blog ni, jadi aku bole jadi fasi secara tak langsung. :) sampai sini saja untuk salam perkenalan kita. nanti akan ada entry pasal